Assalamualaikum wbt..... Terima kasih diucapkan kepada keluarga En Fazli dari Ganu Kite kerana memilih Mutiara Homestay Tangkak sebagai penginapan anda. Diharap En Fazli dan keluarga berpuasa hati menginap di Mutiara Homestay Tangkak. Sekiranya berpuas hati beritahu kawan@sanak saudara, ada penambahbaikan bagitahu kami. In sha Allah kami akan memperbaiki dari masa ke semasa. Kami doakan semoga yang ditemuduga berjaya amin......
Mutiara Homestay Tangkak Kemudahan yang Lengkap dan Penginapan Yang Selamat serta murah
Tuesday, December 9, 2014
Friday, December 5, 2014
Assalamualikum.. En Husni dan sekeluarga, Terlebih dahulu saya memohon maaf sebab menunggu sebelum masuk Mutiara Homestay Tangkak. Terima kasih kerana memilih Mutiara Homestay Tangkak sebagai penginapan En Husni sekeluarga sebelum meneruskan perjalanan ke Pahang. Kami doakan En Husni sekelurga selamat dalam perjalanan. Berhati-hati dijalan raya. Ada rezeki kita bertemu lagi........
Sunday, November 30, 2014
Mutiara Homestay Tangkak mengucapkan terima kasih kepada keluarga Siti Fatimah dari Nogeri Sembilan kerana memilih Mutiara Homestay Tangkak sebagai penginapan anda. Kami berharap Siti Fatimah dan keluarga berpuas-hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan. Nanti kalau kena bagi ceramah lagi di Matrik singgah-singgah la lagi yerrr. Banyak kerr kain beli makcik, shopping sakan yerrr, maklum la kalau tengok kain kat Pekan Tangkak ni memang rambang mata dibueknyo
Sunday, November 23, 2014
Mutiara Homestay Tangkak mengucapkan terima kasih kepada keluarga Encik Wan Shihabuddin dari Kelate gomo kelete sudi menginap di Homestay Kami. Wahhh berseri-seri muka yang pakai baju merah jambu, maklum la dah jumpa taman hati orang sagil tangkak yerr. Semoga semua berjalan lancar hendaknya. Aminnnn......
Sunday, November 9, 2014
Terima kasih diucapkan kepada keluarga Faizah dari Shah Alam menginap untuk kali yang kedua. Mengambil anak sedara di Matrikulasi Tangkak dan berkelah di Air Terjun Gunung Ledang. Berita baik kepada tetamu yang pernah menginap di Mutiara Homestay Tangkak sebelum ini. Tawaran harga diskaun akan diberikan. In shaa Allah.
Sunday, November 2, 2014
Assalamualikum..WBT. Terima kasih saya ucapkan kerana memilih Mutiara Homestay Tangkak sebagai penginapan kepada keluarga En Shahroni Muhd Hassan dari Klang Selangor. Wah berseri-seri nampak wajah anak bujang En Roni yerr, almaklumlah darah manis. Majlis pertunangan dah selamat selesai Alhamdulilah, nanti bila majlis perkahwinan boleh singgah lagi yerr, In sha Allah saya bagi diskaun.
Sunday, October 26, 2014
Selamat datang kepada keluarga Puan Arnida Misman dari Kampung Bukit Kapar, Khabare yer, wes mangan. Almaklum la baru nak belajar cakap jawe, hee hee. Meriah sungguh saya menerima tetamu dari keluarga ini. Saya Mengucapkan terima kasih kerana memilih Mutiara Homestay Tangkak sebagai penginapan anda semua, sebelum meneruskan perjalanan ke Ca'ah segamat, menghantar rombongan pengantin. Rasanya ramai lagi ni yang tak masuk dalam gambar ni.
Monday, October 20, 2014
Mutiara Homestay Tangkak mengucapkan terima kasih kepada En Hasnorazhan dan rakan-rakan kerana singgah menginap dan menjaga homestay dengan baik sepanjang saya bertugas di luar daerah, dengan adanya kecanggihan teknologi dapat kita berurusan walaupun kita tak dapat bersua muka. Jumpa tak Puteri Gunung Ledang?, comel tak?, ada sampaikan salam saya padanya?. heee heee heee. Tidak lupa juga kepada En Bahrin jiran yang baik, jujur dan amanah yang dapat membantu semasa ketiadaan saya. Petang ni jom ngeteh, ditanggung beres Pak Bahrin.
Monday, October 13, 2014
Mutiara Homestay mengucapkan selamat datang kepada tetamu saudara Mohd Fazreen dan kawan-kawan sekerja dari Pejabat Pendidkan Negeri Johor, Sektor Penilaian dan Peperiksaan. Ingatkan mula-mula datang nak buat pemantauan ke sekolah-sekolah di Daerah Ledang, terkejut la juga, rupa-rupanya ada kerja lain. isss ishhh. diharapkan saudara Fazreen dan rakan-rakan berpuasa-hati menginap di Mutiara Homestay.
Tuesday, September 16, 2014
Sunday, August 31, 2014
Friday, August 1, 2014
TERIMA KASIH
Selamat
datang kepada keluarga Encik Abd Malek Mahamad Noh dari Lunas Kedah.
Terima kasih kerana memililh Mutiara Homestay Tangkak sebagai penginapan
anda sekeluarga ketika balik kampung sempena Eidul Fitri (27-29 Julai
2014)
Selamat
Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Terima kasih kepada keluarga Zainal
& Norliah dari Felda Ulu Dengar Kluang Johor kerana singgah beraya
di Mutiara Homestay Tangkak (01 Ogos 2014)
Terima
kasih En Hafidz Abdullah dan rakan-rakan dari Batu Caves Selangor
kerana singgah bermalam di Mutiara Homestay Tangkak (01-02 Ogos 2014).
Subscribe to:
Posts (Atom)