Sunday, November 30, 2014

 
Mutiara Homestay Tangkak mengucapkan terima kasih kepada keluarga Siti Fatimah dari Nogeri Sembilan kerana memilih Mutiara Homestay Tangkak sebagai penginapan anda. Kami berharap Siti Fatimah dan keluarga berpuas-hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan. Nanti kalau kena bagi ceramah lagi di Matrik singgah-singgah la lagi yerrr. Banyak kerr kain beli makcik, shopping sakan yerrr, maklum la kalau tengok kain kat Pekan Tangkak ni memang rambang mata dibueknyo

Sunday, November 23, 2014

 

Mutiara Homestay Tangkak mengucapkan terima kasih kepada keluarga Encik Wan Shihabuddin dari Kelate gomo kelete sudi menginap di Homestay Kami. Wahhh berseri-seri muka yang pakai baju merah jambu, maklum la dah jumpa taman hati orang sagil tangkak yerr. Semoga semua berjalan lancar hendaknya. Aminnnn......

Sunday, November 9, 2014

Terima kasih diucapkan kepada keluarga Faizah dari Shah Alam menginap untuk kali yang kedua. Mengambil anak sedara di Matrikulasi Tangkak dan berkelah di Air Terjun Gunung Ledang. Berita baik kepada tetamu yang pernah menginap di Mutiara Homestay Tangkak sebelum ini. Tawaran harga diskaun akan diberikan. In shaa Allah.

Sunday, November 2, 2014


Assalamualikum..WBT. Terima kasih saya ucapkan kerana memilih Mutiara Homestay Tangkak sebagai penginapan kepada keluarga En Shahroni Muhd Hassan dari Klang Selangor. Wah berseri-seri nampak wajah anak bujang En Roni yerr, almaklumlah darah manis. Majlis pertunangan dah selamat selesai Alhamdulilah, nanti bila majlis perkahwinan boleh singgah lagi yerr, In sha Allah saya bagi diskaun.