Sunday, October 26, 2014


Selamat datang kepada keluarga Puan Arnida Misman dari Kampung Bukit Kapar, Khabare yer, wes mangan. Almaklum la baru nak belajar cakap jawe, hee hee. Meriah sungguh saya menerima tetamu dari keluarga ini. Saya Mengucapkan terima kasih kerana memilih Mutiara Homestay Tangkak sebagai penginapan anda semua, sebelum meneruskan perjalanan ke Ca'ah segamat, menghantar rombongan pengantin. Rasanya ramai lagi ni yang tak masuk dalam gambar ni.

Monday, October 20, 2014

Mutiara Homestay Tangkak mengucapkan terima kasih kepada En Hasnorazhan dan rakan-rakan kerana singgah menginap dan menjaga homestay dengan baik sepanjang saya bertugas di luar daerah, dengan adanya kecanggihan teknologi dapat kita berurusan walaupun kita tak dapat bersua muka. Jumpa tak Puteri Gunung Ledang?, comel tak?, ada sampaikan salam saya padanya?. heee heee heee. Tidak lupa juga kepada En Bahrin jiran yang baik, jujur dan amanah yang dapat membantu semasa ketiadaan saya. Petang ni jom ngeteh, ditanggung beres Pak Bahrin.

Monday, October 13, 2014


Mutiara Homestay mengucapkan selamat datang kepada tetamu saudara Mohd Fazreen dan kawan-kawan sekerja dari Pejabat Pendidkan Negeri Johor, Sektor Penilaian dan Peperiksaan. Ingatkan mula-mula datang nak buat pemantauan ke sekolah-sekolah di Daerah Ledang, terkejut la juga, rupa-rupanya ada kerja lain. isss ishhh. diharapkan saudara Fazreen dan rakan-rakan berpuasa-hati menginap di Mutiara Homestay.