Sunday, October 26, 2014


Selamat datang kepada keluarga Puan Arnida Misman dari Kampung Bukit Kapar, Khabare yer, wes mangan. Almaklum la baru nak belajar cakap jawe, hee hee. Meriah sungguh saya menerima tetamu dari keluarga ini. Saya Mengucapkan terima kasih kerana memilih Mutiara Homestay Tangkak sebagai penginapan anda semua, sebelum meneruskan perjalanan ke Ca'ah segamat, menghantar rombongan pengantin. Rasanya ramai lagi ni yang tak masuk dalam gambar ni.

Monday, October 20, 2014

Mutiara Homestay Tangkak mengucapkan terima kasih kepada En Hasnorazhan dan rakan-rakan kerana singgah menginap dan menjaga homestay dengan baik sepanjang saya bertugas di luar daerah, dengan adanya kecanggihan teknologi dapat kita berurusan walaupun kita tak dapat bersua muka. Jumpa tak Puteri Gunung Ledang?, comel tak?, ada sampaikan salam saya padanya?. heee heee heee. Tidak lupa juga kepada En Bahrin jiran yang baik, jujur dan amanah yang dapat membantu semasa ketiadaan saya. Petang ni jom ngeteh, ditanggung beres Pak Bahrin.

Monday, October 13, 2014


Mutiara Homestay mengucapkan selamat datang kepada tetamu saudara Mohd Fazreen dan kawan-kawan sekerja dari Pejabat Pendidkan Negeri Johor, Sektor Penilaian dan Peperiksaan. Ingatkan mula-mula datang nak buat pemantauan ke sekolah-sekolah di Daerah Ledang, terkejut la juga, rupa-rupanya ada kerja lain. isss ishhh. diharapkan saudara Fazreen dan rakan-rakan berpuasa-hati menginap di Mutiara Homestay.

Tuesday, September 16, 2014

Terima Kasih kepada keluarga En Mohd Ja'afar dari Sungai Buaya, Rawang sudi singgah di Mutiara Homestay. Rezeki En Ja'afar dapat merasa ikan talapia segar sampai tak tinggal sikit pun untuk tuan rumah yerr, gurau jeerr yerr. Nanti datang Tangkak jangan lupa singgah lagi yerr.

Sunday, August 31, 2014

Mutiara Homestay mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke- 57







Terima kasih kepada adik-beradik En Ishraki Shah dari Damansara kerana singgah menginap semalam setelah penat mendaki Gunung Ledang. Jumpa tak Puteri Gunung Ledang? (30-08-2014)

Friday, August 1, 2014

TERIMA KASIH



Selamat datang kepada keluarga Encik Abd Malek Mahamad Noh dari Lunas Kedah. Terima kasih kerana memililh Mutiara Homestay Tangkak sebagai penginapan anda sekeluarga ketika balik kampung sempena Eidul Fitri (27-29 Julai 2014)



  
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Terima kasih kepada keluarga Zainal & Norliah dari Felda Ulu Dengar Kluang Johor kerana singgah beraya di Mutiara Homestay Tangkak (01 Ogos 2014)


Terima kasih En Hafidz Abdullah dan rakan-rakan dari Batu Caves Selangor kerana singgah bermalam di Mutiara Homestay Tangkak (01-02 Ogos 2014).

Wednesday, June 11, 2014



MUTIARA HOMESTAY MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDUL FITRI KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEMOGA MEMBAWA SEJUTA KEBAHGIAAN DAN KEGEMBIRAAN. MAAF ZAHIR DAN BATIN. UNTUK TEMPAHAN HUBUNGI AZLI 0132157587/0102137182